Kami adalah bahagian dari suara anak-anak muda pertengahan 20-an yang sedang membina hidup di ibu kota. Suara kami suara unik; masih kurang reputasi untuk diambil serius tapi tentunya sudah matang untuk didengari. Sertai dua anak muda - Faiz & Thoriq - dalam diskusi perkara-perkara yang dekat di hati kita semua. Awas, loghat utara yang pekat!
…
continue reading
Disiplin ialah kebebasan. Kami berdua tahu dan sedar betul bahawa ayat tersebut kekal sebagai ayat kalau tiada tindakan yang kami ambil keatasnya. Dengan perkembangan COVID-19 di Malaysia lebih terarah kepada kegagalan berbanding kejayaan di negara kita, apakah sebenarnya jalur disiplin yang lemah menyebabkan kita terus-terusan tewas? Bersama rakan…
…
continue reading
Istiqomah dalam sesuatu benda itu merupakan satu usaha yang sememangnya susah untuk kita lakukan. Jarang-lah kalau kita nak tengok ada orang cakap kalau-kalau secara konsisten-nya melakukan satu-satu benda itu merupakan satu benda yang senang. Jadi pada episod kali ini, Faiz dan juga Thoriq setelah lama tidak merakam episod Akal Jenuh Podcast merun…
…
continue reading
Semua Jenuhrians pasti punya kawan yang memgambil peluang melanjutkan pelajaran di luar negara, bukan? Ada yang kembali sebagai orang baru dan ada juga yang kembali sebagai diri sendiri dengan jati diri yang lebih mapan. Tapi pernahkah kita terfikir akan orang luad yang datang belajar di Malaysia? Kita kupas perkara tersebut dengan sahabat kita She…
…
continue reading
1
306 - Ombak Kewartawanan Muda ft. Nailah Huda & Faris Danial
1:12:24
1:12:24
Αναπαραγωγή αργότερα
Αναπαραγωγή αργότερα
Λίστες
Like
Liked
1:12:24
Sekiranya Jenuhrians semua berfikir bahawa menjadi pembaca berita ialah tugas menyampai kabar semata-mata, ianya adalah kesilapan yang mungkin boleh diperbetulkan dengan mendengar episod kali ini. Bersama bintang tamu istimewa Nailah dan Faris (dengan timbre suara khas mereka), kita selami kehidupan sehari-hari dua anak muda ini sebagai penyambung …
…
continue reading
1
305 - Menuju Puncak di Dunia Kreatif ft. Elmi Elmo
1:28:48
1:28:48
Αναπαραγωγή αργότερα
Αναπαραγωγή αργότερα
Λίστες
Like
Liked
1:28:48
Sejurus masuk ke studio Akal Jenuh yang terletak bersebelahan Sungai Thames di London, Elmi memberikan satu aura yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Aura ini boleh jadi hanya boleh disebar oleh orang yang berpengalaman dalam kerja-kerja halus dan kasar. Kita duduk lama kali ini bersama-sama beliau untuk bertukar pendapat tentang membanting tul…
…
continue reading
1
304 - Remaja di Masa Itu ft. Amirul Rasid a.k.a Chop
1:31:06
1:31:06
Αναπαραγωγή αργότερα
Αναπαραγωγή αργότερα
Λίστες
Like
Liked
1:31:06
Sulit untuk dinafikan bahawa remaja adalah zaman di mana nikmat persahabatan terasa paling nikmat. Kerja kita mudah, ke sekolah, berkawan dan kadang-kadang bersiul ke gadis yang kita minat. Tak ada bil api atau cukai jalan untuk kita fikirkan. Bersama Chop yang kami gelar sebagai pemuda paling tenang pernah kami jumpa, kita berdiskusi sambil mengin…
…
continue reading
Pemahaman umum tentang arkitek ialah mereka bertanggungjawab merekabentuk bangunan, mempunyai kereta sedap, keluarga bahagia dan rumah yang cantik. Namun benarkah itu realita hidup seorang arkitek? Kita kupas lanjut dengan arkitek muda dan tegap asal Johor bernama Arif Faisal sambil dibantu Aqmal Hakim (juga seorang arkitek lanskap).…
…
continue reading
1
302 - Bicara Sepakbola ft. Yud
1:15:33
1:15:33
Αναπαραγωγή αργότερα
Αναπαραγωγή αργότερα
Λίστες
Like
Liked
1:15:33
Di era pekerja mesin slot pun boleh jadi pengulas bola ini, kami dahagakan ulasan bola sepak yang tulen. Kami tidak mahu lagi ‘pengulas’ ekspres yang hanya menterjemah isi dari tabloid sukan barat. Kami mahu ulasan dari otak bola yang mapan. Dengan itu, kami hadirkan Yud untuk memberi pandangan beliau tentang dunia bolasepak kini.…
…
continue reading
Puas kita disuap lagu-lagu cinta berbentuk harapan dan rayuan, tapi bilakah kali terakhir kita dibuai lagu-lagu yang menunjukkan penyanyinya sedang ‘menikmati’ kesedihan? Itulah beza Joyberry dengan grup lain di Malaysia. Jika kena nasib, tak mustahil semua belia di negara ini bakal terjangkit virus kesedihan yang amat dahsyat.…
…
continue reading
WAWASAN 2020, adakah ia sudah tercapai?Kita sering disogok dan dipaksa untuk ada perasaan yang Wawasan 2020 merupakan sesuatu yang akan dicapai. Namun, adakah pada tahun 2020 ini, perkara yang sering diutarakan pada 20 atau 10 tahun lepas itu sudah tercapai? Episod pertama Akal Jenuh tahun 2020 ini merungkai segala perkara yang boleh dikaitkan deng…
…
continue reading
1
205 - Mengatasi Rasa Sangsi ft. Baz Ahmad
1:06:22
1:06:22
Αναπαραγωγή αργότερα
Αναπαραγωγή αργότερα
Λίστες
Like
Liked
1:06:22
Baz Ahmad, seorang anak muda yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni berkongsi pengalaman dan pendapat bersama kami berdua. Satu episod yang syahdu. Kalau dilihat dari foto di bawah, mungkin anda merasa sangsi yang ter-dahsyat.
…
continue reading
Menceritakan pengalaman Ashfan, seorang anak muda berasal dari Sungai Petani yang kerjayanya sebagai jurugambar bebas dan merupakan seorang yang gemar dengan aktiviti berpersatuan. Gambar di bawah merupakan salah satu gambar yang diambil oleh Ashfan.
…
continue reading
Nak adapt ni ingat senang ka?
…
continue reading
Kemerdekaan itu bukanlah sekadar berdiri di perhimpunan sekolah dan menyanyikan lagu-lagu patriotik. Kemerdekaan itu juga bukanlah sesuatu yang senang untuk kita perolehi. Jadi apakah kemerdekaan? Adakah merdeka dari pengawasan isteri untuk kita bebas pergi minum kopi sampai jam 3 pagi? Kami cuba untuk menyungkil dan berbincang mengenai kemerdekaan…
…
continue reading
angan sesali kehidupan angker anda di masa lampau. Seangker mana pun ia, berlapang dadalah bahawa ia telah mengajarmu 1001 perkara mengenai kehidupan. Yang paling penting, terimalah kenyataan dan teruskanlah kehidupanmu. Sesungguhnya lebih banyak perkara angker yang akan menemuimu di masa hadapan.
…
continue reading
Kami di Akal Jenuh Podcast memang suka meraikan perbezaan pendapat. Baik dari segi sedapnya lontong di hari raya mahupun ideologi parti politik mana yang bagus untuk meneruskan kemakmuran di Malaysia. Dalam episod kali ini, kami berdua cuba mencari perbezaan pendapat di dalam sukan. Sungguhpun kami berdua sangat minat dalam aktiviti sukan, kami tid…
…
continue reading
Masalah penyebaran berita yang kurang sahih di zaman moden serba canggih. Kita sebagai manusia memang tidak boleh lari dari perkara-perkara sensasi kerana secara fitrahnya, kita memang akan tertarik dengan cerita-cerita sensasi. Sama ada benar ataupun fitnah, cerita sensasi memang senang untuk menarik perhatian manusia-manusia. Pada episod ini, kam…
…
continue reading
Naib Johan Music Festival 2019 atau bahasa modennya, #NJM19 adalah sebuah acara yang dikendalikan untuk menjuarai pemuzik-pemuzik alternatif (baca: naib johan) di dalam Malaysia. Bukan sekadar itu, acara ini juga menghidangkan pemuzik-pemuzik yang secara harfiahnya, memang alternatif (bukan pilihan pertama). Dalam episod kali ini, kami menjemput No…
…
continue reading
Bak kata Loque, Jikaku Seorang Robot, Otakku Import Eksport. Angan-angan seseorang kita memang tidak dapat nak tunaikan. Tetapi seseorang itu boleh berusaha untuk mencapai angan-angan dia. Harus diingat, angan-angan kadang-kadang boleh menjurus ke lembah durjana. Dengarkan kami berbincang mengenai angan-angan kami dalam episod kali ini.…
…
continue reading
Sedikit ulasan mengenai sesetengah umat manusia yang suka buat teruk di Aidilfitri.
…
continue reading
Yang ketagih itu manusia dan yang menyebabkan ketagihan pula boleh jadi macam-macam. Lelaki pertengahan 20-an seperti kami berdepan ancaman ketagihan yang pelbagai, berujung dari judi, arak, dadah, perempuan dan lain-lain. Namun tak semua ketagihan itu buruk. Apa pula ketagihan anda?
…
continue reading
Benar kata orang, berjalan dan bermusafir itu bukan saja dapat membuka mata kita kepada kebesaran alam, malah mampu hadirkan rasa syukur dan berfikir dalam diri. Kami mengulas perjalan terbaru kami menjelajah beberapa tempat membawa mata dan hati. Pengalaman kami itu telah cuba kami sematkan dalam bual bicara santai kali ini.…
…
continue reading
Kita takut lapar. Kita takut tidak punya tempat berteduh. Kita takut tak punya alas tubuh. Oleh kerana itu, kita berkerjaya. Tapi benarkah itu wahai rakan-rakan semua? Apa itu sebabmu berkerjaya? Apakah itu puncamu membanting tulang empat kerat yang diselaputi lemak nasi campur dan teh ais itu dari pagi ke petang? Kita ikuti apa erti sebenar kerjay…
…
continue reading
Kami mempromosi toleransi akal, di mana pandangan individu dilontarkan terhadap perkara-perkara yang rawak. Justeru dalam episod ini, kami meraikan perbezaan - satu perkara yang jarang dilakukan oleh umat era internet ini. Apa pandangan anda? Kami berdua overrated atau underrated?
…
continue reading
“Muzik adalah hidupku. Dan kalau ia juga sebahagian dari hidupmu, maka nikmatilah ia” - Dalai Lama. Sedekat mana anda dan muzik tempatan? Adakah anda tidak langsung mendengar? Atau hanya kadang-kadang? Tiada minat langsung? Budak Indie? Atau anda berharap Ariana Grande dihidupkan semula sebagai anak kelahiran Permas Jaya supaya anda boleh ‘claim’ y…
…
continue reading
Perasaan amarah yang melanda di dalam jiwa seseorang memang tak dapat kita nak gambarkan. Apatah lagi, jikalau marah itu boleh merubah persepsi seseorang di dalam hubungan yang terjalin setelah sekian lama. Ada yang cakap, marah itu rakan kepada syaitan. Apakah marah itu bermanfaat? Dalam episod kali ini, 2 orang anak muda yang berwawasan ini cuba …
…
continue reading
#2 FILEM TEMPATAN - Untuk sekian lama, Faiz percaya yang Layar Lara adalah filem tempatan terbaik pernah dihasilkan. Thoriq kurang pasti dengan pilihan beliau, tapi mengangkat Paskal sebagai filem terbaik dihasilkan dalam masa terdekat ini. Apa pula pandangan anda?
…
continue reading
#1 HOBI - Peri penting hobi tak sekadar berkisar di kekerapan kamu melakukannya. Ia harus dipandang lebih dari sekadar objek kesukaan. Malah ia perlu menjadi bahagian dari dirimu dan sekitarmu. Ikuti Faiz dan Thoriq dalam mengupas perihal hobi di episod perdana ini.
…
continue reading